Thursday 19 December 2013

Sesi Pembentangan

     Sesi pembentangan telah dijalankan pada minggu lepas. Kali itu boleh dikira kali pertama saya memakai pakaian formal untuk pembentangan. Hari itu, saya sebenarnya sangat tegang tapi berlakon macam mantap kerana perlu berhadapan dengan Sir. Azzwan yang begitu tegas. Cakap benarlah, pensyarah saya ini banyak cakap tetapi beliau mampu membawa kegembiraan kepada kami semua.

     Semasa sampai ke bahagian tonton video pendek, terdapat satu bahagian yang lucu daripada video kami telah mengetawakan para penonton. Masa itu, saya berasa amat gembira kerana perancangan saya telah berjaya dipersembahkan.

     Sampailah sesi kritik daripada pensyarah kami, apa komen daripada pensyarah kepada kumpulan kami adalah jelas, pendek dan senang difahami tetapi komen yang tidak baik iaitu kesalahan yang kerap dilakukan oleh setiap kumpulan - bahasa laras yang menggunakan bahasa rojak. Itu disebabkan oleh ia telah menjadi satu tabiat kepada kami semua.

    Sesi pembentangan ini dilangsungkan tujuan untuk memupuk dan mengukuhkan  keyakinan dan kepercayaan diri bagi setiap pembentang semasa berhadapan dengan audiens yang begitu ramai. Selain itu, semangat kerjasama antara ahli kumpulan semasa menyediakan bahan pembentangan juga adalah salah satu tujuan supaya kami dapat bekerjasama sesama ahli tanpa mengira kaum yang selaras dengan konsep 1 Malaysia.

No comments:

Post a Comment