Sunday 8 December 2013

Bersyukur

6/12/2013

     2 hari lepas, PTUKM telah menganjurkan event dinamai "Malam Persembahan Pentas " dan nama drama adalah "Jejak Hasrat". Persembahan drama pada malam itu cukup bermakna menunjukkan kepentingan mewariskan impian keluarga dari satu generasi ke generasi seterusnya. Tapi ia bukan poin utama bagi tema ini.

    Yang paling pentingnya, saya mengucapkan terima kasih kepada penaja-penaja yang memberi sokongan dalam bentuk kewangan dan pemberian barang percuma kepada Pesta Tanglung UKM untuk menjayakan Persembahan malan pentas yang begitu meriah. Selain itu, Satu event tidak dapat dijayakan dengan sempurna tanpa penglibatan salah satu pihak seperti jurulatih lakonan, pelakon, dancer, penaja sistem PA, Exco serta para AJK. Di samping itu, para penonton turut memainkan peranan mereka dengan menghadirkan diri demi memberi sokongan kepada Pesta Tanglung UKM. Ribuan terima kasih kepada mereka yang hadir pada hari itu.
   
    Bersyukur kepada Pesta Tanglung UKM telah mengumpulkan kami semua dalam event ini. Event ini telah membina atmosphera kesatuan antara ahli keluarga kepada kami semua. Walaupun kita terpaksa memisahkan diri dengan keluarga untuk menyambungkan pelajaran di UKM, tetapi sini dapat memberi perasaan yang "warm and sweet" seperti yang diberikan oleh keluarga kita. Bersyukur kepada mereka yang mengukulkan organisasi PTUKM ini sehingga sekarang. PTUKM  telah merapatkan hubungan antara senior dengan junior dan juga hubungan antara junior dengan junior. Bersyukur kepada tuhan kerana membolehkan saya bertemu dengan warga UKM.

No comments:

Post a Comment